2.2.1 Terbitan Pertama Hasil Darab Dua Polinomial
Cari hasil darab terbitan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang berikut:
Kaedah 1: Petua Hasil Darab
Jika u(x) dan v(x) adalah dua fungsi x dan y = uv maka
Contoh 1:
Kaedah Alternatif: (Pembezaan terus)
Contoh 2:
Diberi bahawa y= (2x + 3)(3x3 – 2x2– x), cari dy/dx.
Penyelesaian:
y = (2x + 3)(3x3 – 2x2 – x)
dy/dx = (2x + 3)(9x2 – 4x – 1) + (3x3 – 2x2 – x)(2)
dy/dx = (2x + 3)(9x2 – 4x – 1) + (6x3 – 4x2 – 2x)
Contoh 3:
Diberi bahawa y= 4x3 (3x + 1)5, cari dy/dx.
Penyelesaian:
y = 4x3 (3x + 1)5
dy/dx
= 4x3. 5 (3x + 1)4.3 + (3x + 1)5.12x2
= 60x3 (3x + 1)4 + 12x2 (3x + 1)5
= 12x2 (3x + 1)4 [5x + (3x + 1)]
= 12x2 (3x + 1)4 (8x + 1)