Matematik Tambahan SPM 2021, Kertas 2 (Soalan 14 & 15)


Soalan 15:
Panitia Matematik Tambahan akan mengadakan Seminar Skor untuk sebahagian murid dari kelas A dan kelas B. Bilangan murid kelas A ialah x dan bilangan murid bagi kelas B ialah y. Bilangan murid yang dipilih adalah berdasarkan kekangan berikut:

I Bilangan maksimum murid ialah 80 orang.
II Bilangan murid kelas B melebihi bilangan murid kelas A kurang daripada 10 orang.
III  Bilangan minimum murid dari kelas B ialah 15 orang.


(a) Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada x ≥ 0 dan y ≥ 0, yang memenuhi semua kekangan di atas. [3 markah]

(b) Menggunakan skala 2 cm kepada 10 orang murid pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau R yang memenuhi semua kekangan di atas. [3 markah]


(c) Gunakan graf yang dibina di 15(b) untuk menjawab soalan-soalan berikut:
(i) Cari bilangan maksimum murid dari kelas B.

(ii) Semua murid yang mengikuti seminar itu perlu membayar yuran pendaftaran.
Setiap murid dari kelas B telah membayar deposit sebanyak RM4 manakala murid-murid dari kelas A akan membuat bayaran penuh pada hari tersebut.

Hitung baki bayaran yang perlu dibayar oleh setiap murid dari kelas B dengan keadaan bilangan murid dari kelas B adalah maksimum dan jumlah kutipan daripada semua murid pada hari tersebut ialah RM400.
[4 markah]


Penyelesaian:
(a)
I : x + y ≤ 80
II : y – x < 10
III : y ≥ 15

(b) 


(c)(i) 44

(c)(ii) $$ \begin{aligned} & \text { Titik maksimum }=(36,44) \\ & a(36)+4(36)+a(44)=400 \\ & 80 a=400-144 \\ & a=3.2 \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Baki bayaran murid kelas } B\\ &\text { = RM3.20 } \end{aligned} $$