Matematik Tambahan SPM 2021, Kertas 2 (Soalan 14 & 15)


Soalan 14:
Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.

Rajah 6 menunjukkan sebuah sisi empat. Titik E ialah titik persilangan garis lurus AC dan garis lurus BD. 


Diberi bahawa luas segi tiga ABC adalah sama dengan luas segi tiga BCD, AE = 4 cm, ∠ABC = 143o dan ∠BCD adalah sudut cakah.


(a) Hitung 
(i) ∠BCD,
(ii) panjang, dalam cm, CE,
(iii) panjang, dalam cm, BE.
[8 markah]

(b)(i) Lakar sebuah segi tiga A’B’C’ yang mempunyai bentuk berbeza daripada segi tiga ABC dengan keadaan A’C’ = AC, B’C’ = BC dan ∠B’A’C’ = ∠BAC.
(ii) Seterusnya, nyatakan saiz ∠A’B’C’.
Hence, state the size of ∠A’B’C’.
[2 markah]


Penyelesaian:
(a)(i) $$ \begin{aligned} \frac{1}{2}(2.8)(3) \sin 143^{\circ} & =\frac{1}{2}(3)(3.6) \sin \angle B C D \\ \angle B C D & =152.09^{\circ} \end{aligned} $$

(a)(ii) $$ \begin{aligned} & A C^2=2.8^2+3^2-2(2.8)(3) \mathrm{kos} 143^{\circ} \\ & A C=5.50 \mathrm{~cm} \\ & C E=5.50-4=1.50 \mathrm{~cm} \end{aligned} $$


(a)(iii) $$ \begin{aligned} & \frac{2.8}{\sin \angle B C A}=\frac{5.50}{\sin 143^{\circ}} \\ & \sin \angle B C A=0.3064 \\ & \angle B C A=17.84^{\circ} \\ & B E^2=3^2+1.5^2-2(3)(1.5) \mathrm{kos} 17.84^{\circ} \\ & B E=1.64 \mathrm{~cm} \end{aligned} $$


(b)(i)
(b)(ii) ∠A’B’C’ = 37o

Soalan 15:
Panitia Matematik Tambahan akan mengadakan Seminar Skor untuk sebahagian murid dari kelas A dan kelas B. Bilangan murid kelas A ialah x dan bilangan murid bagi kelas B ialah y. Bilangan murid yang dipilih adalah berdasarkan kekangan berikut:

I Bilangan maksimum murid ialah 80 orang.
II Bilangan murid kelas B melebihi bilangan murid kelas A kurang daripada 10 orang.
III  Bilangan minimum murid dari kelas B ialah 15 orang.


(a) Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada x ≥ 0 dan y ≥ 0, yang memenuhi semua kekangan di atas. [3 markah]

(b) Menggunakan skala 2 cm kepada 10 orang murid pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau R yang memenuhi semua kekangan di atas. [3 markah]


(c) Gunakan graf yang dibina di 15(b) untuk menjawab soalan-soalan berikut:
(i) Cari bilangan maksimum murid dari kelas B.

(ii) Semua murid yang mengikuti seminar itu perlu membayar yuran pendaftaran.
Setiap murid dari kelas B telah membayar deposit sebanyak RM4 manakala murid-murid dari kelas A akan membuat bayaran penuh pada hari tersebut.

Hitung baki bayaran yang perlu dibayar oleh setiap murid dari kelas B dengan keadaan bilangan murid dari kelas B adalah maksimum dan jumlah kutipan daripada semua murid pada hari tersebut ialah RM400.
[4 markah]


Penyelesaian:
(a)
I : x + y ≤ 80
II : y – x < 10
III : y ≥ 15

(b) 


(c)(i) 44

(c)(ii) $$ \begin{aligned} & \text { Titik maksimum }=(36,44) \\ & a(36)+4(36)+a(44)=400 \\ & 80 a=400-144 \\ & a=3.2 \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Baki bayaran murid kelas } B\\ &\text { = RM3.20 } \end{aligned} $$