2.11.4 Fungsi Kuadratik, SPM Praktis (Soalan Panjang)
Soalan 7:
Tanpa menggunakan kaedah pembezaan atau melukis graf, cari nilai maksimum atau nilai minimum bagi fungsi y = 2 + 4x – 3x2. Seterusnya, cari persamaan paksi simetri bagi graf fungsi itu.
Penyelesaian:
Menyempurnakan kuasa dua bagi fungsi y dalam bentuk y = a (x + p)2 + q untuk mencari nilai maksimum atau nilai minimum bagi fungsi y.
y = 2 + 4x – 3x2
y = – 3x2 + 4x + 2 ← (Tulis dalam bentuk am)
Didapati a = –3 < 0,
maka fungsi y mempunyai nilai maksimum
Persamaan paksi simetri bagi graf fungsi itu ialah
Soalan 8:
Rajah di atas menunjukkan graf fungsi kuadratik y = f (x). Garis lurus y = –4 ialah tangen kepada lengkung y = f (x).
(a) Tulis persamaan paksi simetri untuk fungsi f (x).
(b) Ungkapakan f (x) dalam bentuk (x + p)2 + q , dengan keadaan p dan q ialah pemalar.
(c) Cari julat nilai x supaya
(i) f (x) < 0, (ii) f (x) ≥ 0.
Penyelesaian:
(a)
Koordinat-x titik minimum = titik tengah bagi (–2, 0) dan (6, 0)
Maka, persamaan paksi simetri untuk fungsi f (x) ialah x = 2.
(b)
Gantikan x = 2 dalam x + p = 0,
2 + p = 0
p = –2
dan q = –4 (nilai f (x) yang paling kecil)
Maka, f (x) = (x + p)2 + q
f (x) = (x – 2)2 – 4
(c)(i) Daripada graf, bagi f (x) < 0, julat nilai x ialah –2 < x < 6 ← (bahagian graf di bawah paksi-x).
(c)(ii) Daripada graf, bagi f (x) ≥ 0, julat nilai x ialah x ≤ –2 atau x ≥ 6 ← (bahagian graf di atas paksi-x).