7.2 Pembahagian Tembereng Garis
(A) Titik Tengah di antara Dua Titik
Rumus titik tengah, M bagi titik A (x1, y1) dan titik B (x2, y2) ialah
Contoh 1:
Diberi B (m – 4, 3) ialah titik tengah bagi garis lurus yang menyambungkan A (–1, n) dan C (5, 8). Cari nilai m dan nilai n.
Penyelesaian:
(B) Titik yang Membahagikan dalam Sesuatu Tembereng Garis dengan Nisbah m : n
Rumus untuk titik terletak atas AB dengan keadaan AP : PB = m : n ialah
Contoh 2:
Koordinat R (2, –1) membahagi dalam garis AB dengan nisbah 3 : 2. jika koordinat A ialah (–1, 2), cari koordinat B.
Penyelesaian:
Katakan titik B = (p, q)
Menyamakan koordinat-koordinat x,
–2 + 3p = 10
3p = 12
p = 4
Menyamakan koordinat-koordinat y,
4 + 3q = –5
3q = –9
q = –3
Maka, koordinat-koordinat titik B = (4, –3)