2.4 Pembezaan Peringkat Kedua, Titik Pusingan: Titik Maksimum dan Titik Minimum


2.4 Pembezaan Peringkat Kedua, Titik Pusingan: Titik Maksimum dan Titik Minimum

(A)
Pembezaan Peringkat Kedua
1. Apabila suatu fungsi y = x3 + x2 – 3x + 6 dibezakan terhadap x, terbitannya
dydx=3x2+2x3

2. Fungsi yang kedua dydx  boleh dibeza lagi terhadap x. Proses pembezaan dua kali berturut-turut ini dikenali sebagai pembezaan peringkat kedua dan ditulis sebagai d2ydx2 .

3. Ambil perhatian bahawa d2ydx2(dydx)2 .

Misalnya,
Jika y = 4x3 – 7x2 + 5x – 1,
Terbitan pertama dydx=12x214x+5  

Terbitan kedua d2ydx2=24x14  



(B) Titik Pusingan: Titik Maksimum dan Titik  Minimum


(a) Di titik pusingan A dan B,
dydx=0

(b) Di titik maksimum A
dydx=0 dan d2ydx2<0

(c) Di titik minimum B,
dydx=0 dan d2ydx2>0


Contoh 1 (Nilai Maksimum suatu fungsi kuadratik)
Diberi bahawa = 3x (4 –  x), hitungkan
(a) nilai x apabila y adalah maksimum,
(b) nilai maksimum y.

Penyelesaian:
y = 3x (4 –  x)
y = 12x – 3x2
dydx=126xApabila y ialah maksimum, dydx=0  
0 = 12 – 6x
x = 2

y
= 12x – 3x2
apabila x = 2,
y = 12 (2) – 3 (2)2
y = 12


Contoh 2 (Menentukan titik pusingan dan ujian terbitan kedua)
Cari koordinat titik-titik pusingan bagi lengkung y = 2x3 + 3x2 – 12x + 7 dan tentukan jenis titik itu.

Penyelesaian:
y=2x3+3x212x+7dydx=6x2+6x12di titik pusingan,dydx=0  
6x2 + 6x – 12 = 0
x2 + x – 2 = 0
(x – 1) (x + 2) = 0
x = 1 atau x = –2


apabila x = 1
y = 2 (1)3 + 3 (1)2 – 12 (11) + 7
y = 0
(1, 0) ialah suatu titik pusingan.

apabila x = –2
y = 2 (–2)3 + 3 (–2)2 – 12 (–2) + 7
y = 27
(-2, 27) ialah suatu titik pusingan.


d2ydx2=12x+6Apabila x=1,d2ydx2=12(1)+6=18>0 (positif)Oleh itu, titik pusingan (1, 0) adalah titik minimum.


Apabila x=2,d2ydx2=12(2)+6=18<0 (negatif)Oleh itu, titik pusingan (-2, 27) adalah titik maksimum.


1 thought on “2.4 Pembezaan Peringkat Kedua, Titik Pusingan: Titik Maksimum dan Titik Minimum”

Leave a Comment