6.2 Penggunaan Hukum Linear Kepada Fungsi Tak Linear
Menukar persamaan Tak Linear kepada Bentuk Linear
1. Suatu fungsi tak linear yang melibatkan pembolehubah x dan y boleh ditukarkan kepada bentuk linear melalui persamaan Y = mX + c, dengan X dan Y ialah fungsi x dan y masing-masing atau kedua-duanya.
2. Bagi hubungan tak linear, graf yang diperoleh apabila y diplotkan melawan x merupakan satu lengkung.
3. Untuk mendapatkan satu graf garis lurus, langkah-langkah yang berikut boleh diambil.
(i) Tukar persamaan tak linear kepada bentuk linear Y = mX + c.
Misalnya:
Persamaan tak linear;
, a, b pemalar, ditukar kepada bentuk linear:
xy = a (x2) + b
dengan Y = xy , m =a, X = x2 dan c = b
(ii) Dengan menggunakan skala yang sesuai, plot graf Y (xy) melawan X (x2), maka satu graf garis lurus diperoleh.

4. Pemalar-pemalar a dan b boleh ditentukan daripada kecerunan dan pintasan-Y graf garis lurus yang diperoleh. Bagi contoh di atas;
a = kecerunan garis lurus
b = pintasan-Y