6.4 Memperoleh Maklumat daripada Graf Garis Lurus Penyuaian Terbaik
Contoh 1:
Gunakan kertas graf untuk menjawap soalan ini.
Jadual di bawah menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah x dan y, yang dihubungkan oleh persamaan y = pk√x dengan keadaan p dan k ialah pemalar.x |
1 |
4 |
9 |
16 |
25 |
36 |
y |
1.80 |
2.70 |
4.05 |
6.08 |
9.11 |
13.67 |
(a) Plotkan log10 y melawan √x. Seterusnya, lukiskan garis lurus penyuaian terbaik.
(b) Gunakan graf anda dari (a) untuk mencari nilai p dan nilai k.
Penyelesaian:
(a)
Langkah 1: Sediakan suatu jadual yang memberikan nilai X (√x) dan nilai Y (log10 y).
Langkah 2: Dengan menggunakan skala yang sesuai, lukis garis lurus penyuaian terbaik dengan memplot graf Y (log10 y) melawan X (√x).
(b)
Langkah 3: Cari kecerunan garis lurus penyuaian terbaik, m, dan pintasan-Y daripada graf.
Langkah 4: Tukar fungsi tak linear kepada bentuk linear melalui persamaan Y = mX + c.
Langkah 5: Bandingkan dengan nilai-nilai m dan c di langkah 3, cari nilai p dan nilai k.