7.1 Kebarangkalian Sesuatu Peristiwa


7.1 Kebarangkalian Sesuatu Peristiwa
1.   Ruang sampel, S, ialah satu set yang mempunyai semua kesudahan yang mungkin bagi sesuatu uji kaji.
Misalnya:
Dalam melontar sebiji dadu, kesudahan yang mungkin ialah 1, 2, 3, 4, 5 atau 6.
Maka ruang sampel bagi uji kaji ini lalah S = {1, 2, 3, 4, 5, 6}.

2.   Peristiwa ialah set kesudahan yang mungkin bagi suatu uji kaji. Sebagai contoh, dalam lambungan sebiji dadu, katakan peristiwa A sebagai ‘peristiwa mendapat nombor genap’ dan peristiwa B sebagai ‘peristiwa mendapat nombor ganjil’.
A = {2, 4, 6}
B = {1, 3, 5}

3.   Kebarangkalian bagi peristiwa A berlaku ialah
P(A) = n(A)n(S),  P(A) = bilangan kesudahan bagi peristiwa Ajumlah bilangan kesudahan bagi ruang sampel, S   

4.   (a) Kebarangkalian untuk sesuatu peristiwa mempunyai nilai di antara 0 dan 1 terangkum.
0 ≤ P(A) ≤ 1.
(b) Jika (A) = 1, peristiwa pasti berlaku.
(c) Jika (A) = 0, peristiwa tidak mungkin berlaku.

5.   Bagi suatu peristiwa A dalam ruang sampel S, pelengkap bagi set A ialah semua unsur S yang bukan unsur A. Pelengkap set ditulis sebagai A’. 
   P(A¯)=1P(A)     

Contoh:
Sebuah kotak mengandungi 20 keping kad. Nombor kad yang dibentuk adalah daripada 21 ke 40 masing-masing. Jika sekeping kad dipilih secara rawak, cari kebarangkalian bahawa nombor yang dipilih itu ialah
(a) nombor genap,
(b) nombor ganjil yang lebih besar daripada 29.

Penyelesaian:
Ruang sampel, S, ialah
S = {21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40}
(S) = 20

(a)
A = Peristiwa untuk mendapat sekeping kad nombor genap
A = {22, 24, 26, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40}
(A) = 10
P(A)=n(A)n(S)=1020=12  

(b)
B = Peristiwa untuk mendapat sekeping kad nombor ganjil yang lebih besar daripada 29
B = {31, 33, 35, 37, 39}
(B) = 5
P(B)=n(B)n(S)=520=14


Leave a Comment