10.2 Indeks Gubahan


10.2 Indeks Gubahan
1.   Indeks gubahan ialai nilai purata semua nombor indeks dan kepentingan setiap barangan yang terlibat diambil kira.

Indeks gubahan,    I ¯ = ΣIW ΣW     , dengan keadaan
I = Nombor indeks
W = Pemberat


∗  Pemberat, w bagi sesuatu perkara mewakili kepentingannya berbanding dengan perkara-perkara lain yang dikaji.
∗  Simbol Ʃ bermakna hasil tambah.


Contoh 1:

Mi
Indeks harga
Pemberat
Mi goreng
112
4
Mi Tomyam
104
3
Mi Rebus
109
2
Mi Wantan
111
1







Jadual di atas menunjukkan indeks harga bagi beberapa jenis mi yang dijual di satu restoran bagi tahun 2000 berasaskan tahun 1996 serta pemberat masing-masing. Hitung indeks gubahan bagi tahun 2000 berasaskan tahun 1996.

Penyelesaian:
I ¯ = ∑ I W ∑ W I ¯ = ( 112 ) ( 4 ) + ( 104 ) ( 3 ) + ( 109 ) ( 2 ) + ( 111 ) ( 1 ) 4 + 3 + 2 + 1 I ¯ = 448 + 312 + 218 + 111 10 I ¯ = 1089 10 = 108.9




Contoh 2:

Barangan
Indeks harga
Pemberat
P
110
4
Q
x
2
R
120
1
S
115
3








Jadual di atas menunjukkan indeks harga bagi beberapa jenis barangan, P, Q, R dan S, bagi tahun 2002 berasaskan tahun 1997 dan pemberat masing-masing. Jika indeks gubahan bagi tahun 2002 berasaskan tahun 1997 ialah 116.5, cari nilai x.

Penyelesaian:
I ¯ = ∑ I W ∑ W 116.5 = ( 110 ) ( 4 ) + ( x ) ( 2 ) + ( 120 ) ( 1 ) + ( 115 ) ( 3 ) 4 + 2 + 1 + 3 116.5 = 440 + 2 x + 120 + 345 10 116.5 = 905 + 2 x 10
1165 = 905 + 2x
2x = 260
x = 130

7 thoughts on “10.2 Indeks Gubahan”

  1. Bagaimana untuk cari perubahan harga daripada tahun asas ke tahun tertentu bagi sesuatu bahan

  2. Macam mana nk selesaikan kalau pemberat dia adew dua pembolehubah?…

    Like this…

    140 = 150(y) + 125(x) +112.5(2x)/y+x+2x

Comments are closed.