Matematik Tambahan SPM 2025, Kertas 1 (Soalan 12 & 13)


Soalan 12:
Rajah 12 menunjukkan sebuah mural geometri yang dilukis oleh ahli Kelab Seni. Mural tersebut terdiri daripada sebuah segi empat tepat QRST dan sebuah semi bulatan PQBAT dengan pusat P. SR = 1.84 m dan ∠ SPR = 72o.

Kelab memperuntukkan RM50 untuk menghias mural tersebut. Sektor TPA dan sektor QPB akan dicat dengan warna hijau. Satu tiub cat berharga RM6 boleh digunakan untuk mengecat kawasan seluas 0.25 m2. Cat hanya dijual dalam satu tiub penuh.
Perimeter kawasan berwarna biru akan dilekatkan dengan riben kuning. Segulung riben yang berukuran 2 m dijual dengan harga RM10. Riben hanya dijual dalam satu gulung penuh.

(a) Menggunakan π = 3.142, tentukan ∠ APB, dalam radian.

(b) Seterusnya, tentukan sama ada peruntukan itu mencukupi atau tidak. Tunjukkan pengiraan anda.
[8 markah]


Jawapan:
(a) $$ \begin{aligned} \angle A P B & =\frac{72^{\circ}}{180^{\circ}} \times 3.142 \\ & =1.2568 \mathrm{rad} \end{aligned} $$

(b) $$ \begin{aligned} \frac{P S}{\sin 54^{\circ}} & =\frac{1.84 \mathrm{~m}}{\sin 72^{\circ}} \\ P S & =\frac{1.84 \mathrm{~m}}{\sin 72^{\circ}} \times \sin 54^{\circ} \\ P S & =1.5652 \mathrm{~m} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} B R=A S & =1.5652 \mathrm{~m}-0.92 \mathrm{~m} \\ A S & =0.6452 \mathrm{~m} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} S_{A B} & =(1.2568)(0.92) \\ & =1.1563 \mathrm{~m} \end{aligned} $$




$$ \begin{aligned} &\text { Perimeter kawasan berwarna biru }\\ &\begin{aligned} & =0.6452 \mathrm{~m}+1.1563 \mathrm{~m}+0.6452 \mathrm{~m}+1.84 \mathrm{~m} \\ & =4.2867 \mathrm{~m} \end{aligned} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Bilangan riben yang diperlukan }\\ &\begin{aligned} & =4.2867 \mathrm{~m} \div 2 \mathrm{~m} \\ & =2.14 \approx 3 \text { gulung }  \end{aligned} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} \angle T P A & =\frac{54^{\circ}}{180^{\circ}} \times 3.142 \\ & =0.9426 \mathrm{rad} \end{aligned} $$


$$ \begin{aligned} &\text { Jumlah luas kawasan berwarna hijau }\\ &\begin{aligned} & =2\left(\frac{1}{2}\right)(0.92)^2(0.9426) \\ & =0.7978 \mathrm{~m}^2 \end{aligned} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Bilangan cat yang diperlukan }\\ &\begin{aligned} & =0.7978 \mathrm{~m}^2 \div 0.25 \mathrm{~m}^2 \\ & =3.1912 \approx 4 \text { tiub } \end{aligned} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Jumlah kos }\\ &\begin{aligned} & =(3 \text { gulung } \text { × } \text { RM10 })+(4 \text { tiub } \text { × } \text { RM6 }) \\ & =\text { RM30 }+ \text { RM24 } \\ & =\text { RM54 } \end{aligned} \end{aligned} $$
Jumlah kos > RM50, maka peruntukan tidak mencukupi. 


Soalan 13:
Diberi bahawa graf bagi fungsi kuadratik f(x) = kx2 + 3kx + 10k2, dengan keadaan k ialah pemalar, mempunyai nilai maksimum 49/4.
(a) Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, cari nilai k. [5 markah]

(b) Seterusnya, lakar graf bagi f(x) untuk -6 ≤ x ≤ 3. [3 markah]


Jawapan:
(a)
$$ \begin{aligned} & f(x)=k x^2+3 k x+10 k^2 \\ & f(x)=k\left(x^2+3 x+10 k\right) \\ & f(x)=k\left[x^2+3 x+\left(\frac{3}{2}\right)^2-\left(\frac{3}{2}\right)^2+10 k\right] \\ & f(x)=k\left[\left(x+\frac{3}{2}\right)^2-\frac{9}{4}+10 k\right] \\ & f(x)=k\left(x+\frac{3}{2}\right)^2-\frac{9}{4} k+10 k^2 \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &f(x) \text { maksimum }, k<0\\ &\therefore k=-1 \end{aligned} $$

$$ \begin{aligned} &\text { Nilai maksimum } =\frac{49}{4}\\ &\begin{aligned} -\frac{9}{4} k+10 k^2 & =\frac{49}{4} \\ -9 k+40 k^2 & =49 \\ 40 k^2-9 k-49 & =0 \\ (40 k-49)(k+1) & =0 \\ k=\frac{49}{40} \quad, \quad k & =-1 \end{aligned} \end{aligned} $$


(b)
$$ \begin{aligned} &\begin{aligned} f(x) & =(-1)\left(x+\frac{3}{2}\right)^2-\frac{9}{4}(-1)+10(-1)^2 \\ f(x) & =-\left(x+\frac{3}{2}\right)^2+\frac{49}{4} \\ f(-6) & =-\left(-6+\frac{3}{2}\right)^2+\frac{49}{4} \\ & =-8 \end{aligned}\\ &\begin{aligned} f(3) & =-\left(3+\frac{3}{2}\right)^2+\frac{49}{4} \\ & =-8 \end{aligned} \end{aligned} $$


$$ \begin{aligned} f(x) & =-\left(x+\frac{3}{2}\right)^2+\frac{49}{4} \\ -\left(x+\frac{3}{2}\right)^2+\frac{49}{4} & =0 \\ -\left(x+\frac{3}{2}\right)^2 & =-\frac{49}{4} \\ \left(x+\frac{3}{2}\right)^2 & =\frac{49}{4} \\ x+\frac{3}{2} & = \pm \frac{7}{2} \end{aligned} $$
$$ \begin{array}{lll} x=-\frac{3}{2}+\frac{7}{2} & , & x=-\frac{3}{2}-\frac{7}{2} \\ x=2 & , & x=-5 \end{array} $$