2.2 Penyelesaian Persamaan Kuadratik
1. Menyelesaikan sesuatu persamaan kuadratik bermakna mencari punca-punca persamaan itu.
Contoh:
Cari punca-punca persamaan kuadratik berikut:
(a) x2 = 9
(b) 2x2 – 98 = 0
Penyelesaian:
(a) x2 = 9
x= ±√9
x= ±3
(b) 2x2 – 98 = 0
2x2 = 98
x2 = 98/2 = 49
x= ±√49 = ±7
2. Persamaan kuadratik boleh diselesaikan dengan salah satu kaedah berikut:
(a) pemfaktoran,
(b) penyempurnaan kuasa dua,
(c) penggunaan rumus