2.6 Jenis Punca Persamaan Kuadratik


2.6 Jenis Punca Persamaan Kuadratik
1.   Jenis punca persamaan kuadratik ax2 + bx + c= 0 ditentukan oleh nilai b2 − 4ac. Nilai b2 − 4ac memberi maklumat terhadap bilangan titik persilangan.


(a)
  Apabila graf menyentuh garis lurus pada satu titik, iaitu terdapat hanya satu punca nyata bagi persamaan ax2 + bx + c = 0, maka b2 − 4ac = 0.




(b)
  Apabila graf bersilang dengan garis lurus pada dua titik, iaitu terdapat dua punca nyata dan berbeza bagi persamaan ax2 + bx + c = 0, maka b2 − 4ac > 0.




(c)
  Apabila graf tidak bersilang dengan garis lurus (tiada titik persilangan), iaitu tidak terdapat punca nyata bagi persamaan ax2 + bx + c = 0, maka b2 − 4ac < 0.
 
 

Leave a Comment