10.2 Indeks Gubahan


10.2 Indeks Gubahan
1.   Indeks gubahan ialai nilai purata semua nombor indeks dan kepentingan setiap barangan yang terlibat diambil kira.

Indeks gubahan,   I¯=ΣIWΣW    , dengan keadaan
I = Nombor indeks
W = Pemberat


∗  Pemberat, w bagi sesuatu perkara mewakili kepentingannya berbanding dengan perkara-perkara lain yang dikaji.
∗  Simbol Ʃ bermakna hasil tambah.


Contoh 1:

Mi
Indeks harga
Pemberat
Mi goreng
112
4
Mi Tomyam
104
3
Mi Rebus
109
2
Mi Wantan
111
1







Jadual di atas menunjukkan indeks harga bagi beberapa jenis mi yang dijual di satu restoran bagi tahun 2000 berasaskan tahun 1996 serta pemberat masing-masing. Hitung indeks gubahan bagi tahun 2000 berasaskan tahun 1996.

Penyelesaian:
I¯=IWWI¯=(112)(4)+(104)(3)+(109)(2)+(111)(1)4+3+2+1I¯=448+312+218+11110I¯=108910=108.9




Contoh 2:

Barangan
Indeks harga
Pemberat
P
110
4
Q
x
2
R
120
1
S
115
3








Jadual di atas menunjukkan indeks harga bagi beberapa jenis barangan, P, Q, R dan S, bagi tahun 2002 berasaskan tahun 1997 dan pemberat masing-masing. Jika indeks gubahan bagi tahun 2002 berasaskan tahun 1997 ialah 116.5, cari nilai x.

Penyelesaian:
I¯=IWW116.5=(110)(4)+(x)(2)+(120)(1)+(115)(3)4+2+1+3116.5=440+2x+120+34510116.5=905+2x10
1165 = 905 + 2x
2x = 260
x = 130

7 thoughts on “10.2 Indeks Gubahan”

  1. Macam mana nk selesaikan kalau pemberat dia adew dua pembolehubah?…

    Like this…

    140 = 150(y) + 125(x) +112.5(2x)/y+x+2x

Leave a Comment