7.1a Min


Bab 7 Statistik

7.1a Min


Min= Hasil tambah nilai data Bilangan data  

(A) Data Tak Terkumpul
 


Contoh 1:
(a) Cari min bagi set data 2, 4, 7, 10, 13, 16 dan 18.
(b) Apabila suatu nilai x ditambah ke dalam set data di (a), nilai baru min menjadi 9.5. Tentukan nilai x.

Penyelesaian:
(a)
x ¯ = 2 + 4 + 7 + 10 + 13 + 16 + 18 7 x ¯ = 70 7 = 10

(b)
Min baru = 9.5 70 + x 8 = 9.5 70 + x = 76 x = 6
 

(B) Data Terkumpul (tanpa Selang Kelas)


Contoh 2:
Jadual kekerapan yang berikut menunjukkan markah ujian biologi bagi 40 orang pelajar.
Markah
50
55
60
65
70
Bilangan pelajar
6
8
15
10
1
Kira min markah.

Penyelesaian:
Min markah,  x ¯ x ¯ = ( 50 )( 6 )+( 55 )( 8 )+( 60 )( 15 )+( 65 )( 10 )+( 70 )( 1 ) 6+8+15+10+1 x ¯ = 2360 40 =59


(C) Data Terkumpul (dengan Selang Kelas)



Contoh 3:
Jadual yang berikut menunjukkan taburan kekerapan skor yang diperoleh 100 pelajar dalam
suatu pertandingan.
Skor
Kekerapan
5 – 9
4
10 – 14
10
15 – 19
19
20 – 24
26
25 – 29
21
30 – 34
12
35 – 39
8
Kira min skor.

Penyelesaian:
Skor
Kekerapan f
Nilai tengah x
fx
5 – 9
4
7
28
10 – 14
10
12
120
15 – 19
19
17
323
20 – 24
26
22
572
25 – 29
21
27
567
30 – 34
12
32
384
35 – 39
8
37
296
Jumlah
100
2290
Nilai tengah = 5 + 9 2 = 7 Min skor, x ¯ = f x f = 2290 100 = 22.9


Leave a Comment