(A) Menyelesaikan Ketaksamaan Kuadratik
1. Penyelesaian bagi suatu ketaksamaan kuadratik adalah nilai-nilai julat yang memuaskan ketaksamaan itu.
2. Terdapat dua cara untuk menyelesaikan ketaksamaan kuadratik.
(a) Kaedah graf
(b) Kaedah garis nombor
(B)(i) Langkah-langkah untuk menyelesaikan suatu ketaksamaan kuadratik (Kaedah graf)
Langkah 1 : Tulis semula ketaksamaan kuadratik dengan sifar di satu belah dan pastikan a > 0.
Langkah 2 : Selesaikan persamaan y = 0 untuk mencari titik persilangan graf dengan paksi-x.
Langkah 3 : Lakarkan graf dan lorekkan kawasan itu untuk mencari julat nilai x.