5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif dalam Darjah dan Radian
1. Sudut positif ialah sudut yang diukur mengikut arah lawan jam dari arah positif paksi-x.
2. Sudut negatif ialah sudut yang diukur mengikut arah jam dari arah positif paksi-x.

3. Satu putaran lengkap ialah 360°atau 2π radian.
Contoh:
Tunjukkan setiap sudut yang berikut dalam rajah yang berasingan dan nyatakan sukuan terletaknya sudut tersebut.
(a) 410°
(b) 890°
\(\text{(c)}\frac{22}9\pi\text{ radian}\)
\(\text{(d)}\frac{10}3\pi\text{ radian}\)
(e) –60o
(f) –500°
\(\text{(g)}-3\frac14\pi\text{ radian}\)
Penyelesaian:
(a)

410° = 360° + 50°
Maka, sudut 410° terletak pada sukuan pertama.

890° = 720° + 170°
Maka, sudut 170° terletak pada sukuan kedua.
(c)

\(\frac{22}9\pi\text{ rad}={(2\pi+\frac49\pi)}\text{ rad}=360^o+80^o\)
Maka, sudut
\(\frac{22}9\pi\text{ radian}\)
terletak pada sukuan pertama.

\(\frac{10}3\pi\text{ rad}={(3\pi+\frac13\pi)}\text{ rad}=540^o+60^o\)
Maka, sudut
\(\frac{10}3\pi\text{ radian}\)
terletak pada sukuan ketiga.
(e)

Maka, sudut –60° terletak pada sukuan keempat.

–500° = –360° – 140°
Maka, sudut –500° terletak pada sukuan ketiga.
(g)

\(-3\frac14\pi\text{ rad}={(-3\pi-\frac14\pi)}\text{ rad}=-540^o-45^o\)
Maka, sudut
\(-3\frac14\pi\text{ radian}\)
terletak pada sukuan kedua.